Wednesday, 17 September 2014

Nasi Arab Abi Ahmadi: Kelazatan Nasi Mandy Kambing di Transkrian

Salam Muhibbah.

Sekiranya anda ingin menikmati juadah Arab yang boleh dikatakan antara terbaik di Pulau Pinang ialah di Abi Ahmadi, Transkrian Nibong Tebal. Jaraknya dari bandar Nibong Tebal lebih kurang 6 km manakala jaraknya ke pekan lama Parit Buntar di pinggir sungai lebih kurang 4 km. Tidak jauh dari Restoren Nasi Arab Abi Ahmadi ialah USM Cawangan Trankrian.


Warung Melayu Makanan Laut Di Bukit Tambun, Pulau Pinang

Salam Muhibbah
Sekiranya anda ingin mencari tempat makanan laut yang sedar dan agak sedap dengan harga sangat berpatutan, inilah warungnya. Warung Melayu di celah kehidupan majoriti orang cina di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Jangan bertukar dengan Bukit Tambun, di Perak. 

Warung melayu ini agak tersembunyi dari pandangan kerana bukan terletak di tepi jalan. Sebaliknya terselindung di sebalik Food Court Masakan Cina. Jika anda ingin ke sana, sebaik melepasi Balai Polis Bukit Tambun bolehlah perlahankan kenderaan dan sebaik menghampiri selekoh tajam itu pentanda semakin hampir. Belok ke kanan sebaik ternampak satu simpang. Masuk lebih kurang 200 meter di sebelah kanak ... ada menemui warung Melayu masakan laut yang dicari.   




Monday, 15 September 2014

Jalan-jalan ke Tasik Raban,Lenggong, Perak

Salam Muhibbah.

Cuti Hari Kebangsaan (16.09.2014) tempoh hari, saya berkesempatan meluangkan masa untuk berkunjung ke Lenggong, Perak. Tentunya Restoren Tasik Raban menjadi tumpuan. Jika dihitung jarangnya lebih kurang 29 km sebaik keluar dari susur keluar Kuala Kangsar jika melalui Lebuh Raya Plus Utara Selatan untuk sampai ke restoren ini. 


Saya pasti, bagi pengguna yang melalui jalan Grik ke Kuala Kangsar akan menjadikan Restoren Tasik Raban sebagai tumpuan utama untuk menjamu selera.

Apa tidaknya, ikan bakar talapia yang dijirus pencicah istimewa pemilik Restoren Tasik Raban menjadikan ianya lain dari menikmati ikan bakar di tempat lain. Biarpun hanyalah ikan talapia namun rasanya menceritakan kelainan yang sungguh enak. Harganya lebih kurang RM 20.00 - 40.00 seekor yang diletakkan harga bagi menyenangkan pelanggan.  

Saya seperti biasa akan singgah membeli bekalan ikan pekasam yang tidak dapat dilupakan iaitu pekasam yang berjenama Syanifa yang dijual di tepi jalan sekitar Tasik Raban. Terdapat banyak gerai, namun yang paling sedap resepinya ada dijual di gerai selepas beberapa puluh meter dari Restoren Tasik Raban jika datang dari arah Kuala Kangsar. Pernah saya beli di gerai pekasam yang lain dan rasanya agak kurang menyelerakan.


Seterusnya lebih kurang 1 km dari Restoren Tasik Raban, anda akan menemui susur ke Hutan Lipur Lata Kekabu sekiranya anda datang dari arah Kuala Kangsar. Kunjungan saya buat kali ketiga tidak mendukacitakan kerana suasana air terjun yang damai dan agak terpelihara. Air bersih dan suasana persekitaran yang selamat. Di sini juga ada kelihatan tapak perkhemahan yang agak terjaga kemudahannya.









Catatan peribadi... dari penulis Muhdlive.